Friday 16 August 2013

Janji Allah itu pasti


Assalamu'alaikum wbt. 

Dari pagi hingga petang tak putus-putus berita berkenaan Mesir. Gelodak yang berlaku tak dapat digambarkan sebenarnya. Pertumpahan darah sana sini, berpuluhan ribu dah jadi macam mainan bagi musuh terjelek tu. Memang kita sendiri tak mampu hadapi situasi seperti mereka sekarang. Tapi tak bagi mereka. Kita hanya mampu menyumbang sedikit wang tunai serta tenaga. Amat sedikit. 

Ana pernah tengok satu video. Video rakyat Palestine yang dalam kesengsaraan. Diseksa. Salah seorang berkata, "Sabarlah, berdoalah pada Allah. Kita minta umat islam lain doakan kita." Tapi apa yang dijawab seorang wanita, "Tak ada ISLAM ! Tak ada ISLAM di tempat lain" Ya Allah, entum faham maksud wanita tersebut. Memang betullah kata wanita tersebut. Tiada tindakan daripada umat islam lain, seperti tak wujud dah islam. Mana kita? 

Memang seksa hanya tengok sahaja video-video peperangan, darah-darah mereka yang gugur syahid tanpa berbuat apa-apa. Siapa yang masih ada iman dalam hatinya pasti akan rasa macam tu. Ini ucapan seorang mujahid yang ana kenal : 

Bagaimana mungkin saya tidak sedih dengan apa yang berlaku di Mesir ??

Saya sujud di bumi berkat nya ..
Saya makan hasil tuaiannya ...
Saya minum dan mandi dari air syurga (sungai Nil) ...
Saya bergaul dan bergurau bersama dengan rakyatnya ...
Saya menimba ilmu dari ulama' nya ..
Saya ditarbiyah dari suasananya ...

Mungkin kah saya tidak berasa apa2 atas apa yang terjadi di sana sekarang ?? 

Air mata saya pernah tumpah di sana ...
Darah saya juga pernah mengalir di sana ...
Malah masih lagi berbekas luka ini ...

Mungkin kah ! Mungkin kah ! Mungkin kah ! saya tidak berasa apa2 ??

Iya mungkin, sekiranya saya bukan MANUSIA.


Ana sendiri mengalir air mata mengenangkan Mesir. Allah sedang menguji. Janji Allah itu pasti, kemenangan akan berpihak untuk islam juga. Cuma ana sedih tengok negara kita sendiri. Macam dah mula berjinak-jinak nak berlaku pertumpahan darah juga. Allah. Selamatkan Malaysia. Kita suka menuding jari. Ini salah dia, salah mereka dan macam-macam. Kita sering bergaduh. Sepatutnya masing-masing bangkit, perbaiki diri. 

Awalnya kena jaga diri sendiri dahulu. Kalau hebat berhujah sekalipun tapi apa guna kalau di alam maya saja? Kenapa tak nampak berjemaah di masjid? Kata nak jadi mujahideen. Ini teguran buat diri ana juga. Tambahkan ilmu. Bukan dengan lulus exam dah cukup ilmu. Yang PHD, Master pun siket aje ilmu sebenarnya. Nak banding ngan ilmu Allah, huh, jauh. Dan tak mampu kita nak ceduk sebanyak satu lautan ilmu. 

Aurat terdedah sana sini, kenapa masih tak sedar? Sebab tak nampak dosa ye tak? Sebab tak dapat bayang azab ye tak? Sebab tak cakna ye tak? Susah ! Macamana nak menangkan islam kalau orang islam sendiri tak jaga islam. Tak guna nama islam dalam kad pengenalan je. Kita ni islam baka , sebab tu ada yang tak faham islam. Kita keluar dari perut mak, tuptup islam dah. Tak payah susah cari. 

Cuba tengok muallaf, mereka betul-betul mencari islam, mereka faham islam. Sebab tu , kadang-kadang orang yang baru peluk islam lebih baik daripada orang yang dah islam sejak lahir ni. Ye tak? Sepatutnya kita bersyukur, sebab dah islam sejak awal. Doakan hidayah buat semua umat islam :'(



Tolonglah lakukan transformasi diri. 

No comments:

Post a Comment

Cadangan, teguran dan kritikan?