Wednesday 28 May 2014

Kesian. Tak ade ilmu jangan bercakap mengenai ilmu tersebut.

Aku pemerhati.

Bila memerhati , aku ada observation aku sendiri. Aku ada opinion aku sendiri. Tapi aku tak bercadang nak menghurai atau bercakap panjang.
Mereka lebih tua sepatutnya lebih pro manfaatkan akal. Tapi apa yang aku jumpa , menghampakan. Sebab politik , sebab nak pertahankan air muka , rela mengutuk , rela membalut kebenaran dengan kain hitam.

Jasad bernyawa , kalau tidak mendalami sesuatu ilmu , usah bercakap mengenainya. Bimbang kebodohanmu semakin terserlah , bimbang juga dirimu dimakan helahmu sendiri. Shipping dosa tak perlu bayar bosss , senang nak dapat.

Makhluk berakal , kalau tak cuit hati dengan hangat lada teguran memang tak menjadi bila dah sekeras batu yang aku jumpa everywhere.

Semua batu keras.
Tapi hati lebih keras dari batu.

Hidayah buat kita dan dia. Aameen.

.TheMukhli9een.

Tuesday 27 May 2014

Bila Diri Bertuhankan Nafsu Amarah.

Nafsu memang ada dalam setiap makhluk.

Nafsu , dah tentu mendorong pemiliknya melakukan kerosakan. Kerosakan rohani dan boleh jadi jasmani. Nak ditekankan di sini ialah nafsu AMARAH.

Jiwa yang kacau , ditambah pula surrounding yang merimaskan. Bila muncul sesuatu yang tak kena , memang mudah rasa amarah tu datang.

Sifat marah ibarat API dalam jasad.

Jika kita perhatikan anggota bomba dalam tugas mereka memadamkan api , tak ada yang menggunakan api juga untuk padamkan api yang marah lagi merah tu. Dah tentu mereka menggunakan AIR.

Jadi dengan mudah kita tahu apa dia material atau bahan yang boleh padamkan API iaitu AIR.

API ✘AIR.

AIR ?

API = MARAH.
AIR = ?

Ibaratkan AIR ni dengan sifat yang mulia yakni SABAR.

Jadi AIR = SABAR

Banyak tempat dalam Al-Quran Allah berfirman tentang SABAR. Salah satunya dalam surah ALBAQARAH , innallaha ma'assoobireen. Maksudnya , 'Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar'.

Perlu kita ingat , nafsu amarah ni dapat sokongan padu daripada SYAITAN LAKNATULLAH. Ibarat kita memboikot barangan ISRAEL , boikot jugalah apa jua sokongan mahupun tajaan daripada SYAITAN. Mereka sekufu.

" Cakap senang lah. Cuba kau yang kena. Baru kau tahu tahap mana kau boleh bersabar. "

Memanglah cakap senang , dan praktik tu susah. Susah lah jika kau nak perkara tu jadi susah. Ini semua atas kehendak kau jugak.

Kalau tak ada yang bercakap , lagi tiada lah yang praktik.

Sungguh , kalau nak kenal sifat seseorang , lihatlah waktu dia marah. Macam mana dia mengawal amarahnya. Orang kuat bukan yang boleh angkat berat , tu kuat dari segi fizikal ataupun luaran. Tapi kalau dari segi dalaman , tengoklah orang yang mampu menahan kemarahannya.

Renungkan.

.THEMUKHLI9EEN.

Cadangan, teguran dan kritikan?