Wednesday 6 June 2012

Mainan Hati.


Assalamu'alaikum wbt. Sehari dua ni ada beberapa soalan yang ditanya pada ana. Salah satunya , Boleh ke kalo saje-saje hantar chat / mesej hanya untuk kenalan ? Maksudnya lelaki hantar kat pompuan dan begitu sebaliknya. Ana ada jawab , ada urusan penting ? Bolehlah. Panjangla sikit jawapan ana. 

Ana kadang terfikir , bahaya nye permainan hati ni ? Ape tu ? Bagi ana , chatting dengan bukan mahram adalah satu permainan hati. Dibimbangi takut terjadinya zina hati pula. Seperti biasa ana nasihatkan sahabat-sahabat ana, facebook@lama sosial lain tak kawal kita , tapi kita sendiri yang kawal semua tu  ? Jadi semuanya terletak di tangan sendiri. Kalo rase sesuatu tu tak datangkan manfaat langsung, tinggalkan terus. 

Remaja ngan facebook memang tak dapat dipisahkan. Makin gian. Tak buka facebook sari tak sah. Ade je yang tak kena. Tak baca Quran sari tak rase pape pulak ? ? ? Hemm ?
#eh pengalaman sendiri ke?? Ya. Memang. Ana tak raguinye. Tapi carilah walo sikit faedah bila online facebook@laman sosial lain. 

Kalo ana , ana online Fb dan lepas tu biar je. Buka tab lain , log in blog ana. Bukan ape, ana suka dengar bacaan Sheikh Misyari Al-Fasy ni. Dan ana akan buka blog-blog lain. Ambil apa-apa maklumat serta ilmu baru. Bila bosan , ana akan buka youtube , first cari ceramah terbaru Ustaz Azhar , bila bosan , buka lagu Maher Zain jap. Pastu tinggal. Sambung kerja-kerja atau teruskan muraja'ah atau menghafal. 

Ana nak nasihatkan diri ana dan juga entum semua , niatkan lillahi ta'ala bila mula-mula nak log in facebook dan kalo nak chat ato semuanya lah. Doa dulu takut-takut hati kita lalai dan hanyut. Mungkin sebab terlalu asyik, kita lupa, alpa.. Kadang boleh mendatangkan maksiat di hati dan mata. 
Awaslah , mungkin kita terjebak dengan mengumpat sedangkan kita tak menyedarinya. Awasi diri entum sendiri. 


Cakap senang lah !
Nak buat pun senang, kalo iman memang mantopp ! Bolehnye buat ape yang ana sebut kat atas tu. Tipu la kalo susah ! Setakat  niatkan lillahita'ala.. 

Huh ingat senan ke?!
Memang susah pun. Tapi kalo kita ni betul-betul nak jaga iman, kita akan berusaha untuk jaga diri dari bergelumang dengan maksiat. Sedar mahupun tanpa sedar. 


Fikirkan lah. . . 






Sunday 3 June 2012

Tanda-tanda yang anda akan jumpa dalam alQuran



Ketika membaca Al-Quran, pastinya anda akan bertemu dengan mana-mana tanda ini. Ini penjelasannya apa yang perlu anda lakukan.



Surah Al Imran Full Version-Sheikh Mishari Rasid Alafasy New 2011 ...



Dengar ni. Beautiful voice. By Sheikh Misyari Rashid al-Fasy.







Niat.


Assalamu'alaikum. Sebelum ni ade ana post di facebook , ana cakap , syarah hadis 40 Imam Nawawi akan ana share disini. Sebenarnya ade rase malas lagi nak taip , tapi hari ni ade sesuatu yang menarik ana untuk share hadis pertama daripada hadis 40 ni. Semoga peroleh manfaat. Dan jika ada sebarang kekhilafan , mohon maaf dan silalah tegur. 



Ertinya :
Diriwayatkan daripada Amirul Mukminin, Abi Hafs Umar bin Al-Khattab r.a, kata beliau. "Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : " Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung niatnya.

Imam Bukhari meriwayatkan hadis ini di dalam sahihnya dan meletakkannya di bahagian awal kitabnya, iaitu kitab Al-Iman, bab Ma Jaa'a Anna Al-A'maal bin Niyyah Al-Hasanah wa Likullimri'im ma Nawa; manakala Imam Muslim memasukkannya di bahagian kitab Al-Imarah, bab Qaulun Nabi s.a.w Innama Al- A'malu bi An-Niyyah, nombor 1907.
Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang ia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredaan) Allah dan RasulNya maka hijrahnya kepada kerana menginginkan kehidupan dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang diniatkan.
Riwayat dua imam hadis, Abu Abdillah Muahmmad bin islamil Bin Ibrahim Bin Al-Mughirah Bin Bardizbah Al-Bukhari dan Abu Al-Husain, Muslim Bin Al-Hajjaj Bin Muslim Al-Qusyairi An-Naisaburi di dalam dua kitab Sahih, yang merupakan kitab yang paling sahih pernah dikarang.

Kepentingan Hadith 

Hadith ni amat penting bahkan menjadi prinsip asas dalam islam, kerana pada hadis inilah ajaran islam berkait dan kepadanyalah mengatakan demikian.

Abu Daud berkata: " Hadis ini adalah separuh dari islam, sebab islam pada dasarnya tidak lari dari dua perkara : zahir dan batin. Yang dimaksudkan dengan zahir ialah amal perbuatan, dan yang dimaksudkan dengan batin ialah niat.

Imam Ahmad dan Imam Syafi'e pula berkata : " Hadis ini mencakupi sepertiga ilmu, kerana perbuatan manusia tidak lari dari tiga perkara ; hati , lisan dan anggota badan. Hati jelas satu daripada tiga perkara tersebut.

Kepentingan hadis ini terbukti dengan ramainya ulama yang memulakan karya mereka dengan hadis tersebut. Sebagai contoh,imam Bukhari meletakkan hadis ini di awal kitabnya sahihnya. Begitu juga dengan Imam Nawawimemasukkan hadis ini sebagai pembuka di dalam tiga karyanya: Ridayus Solihin, Al-Azkar, dan Al-Arba'in An-Nawawi.

Hal ini memberi isyarat yang jelas bahawa para penuntut ilmu hendaklah tahu dan sedar betapa pentingnya hadis ini supaya membetulkan niat menuntut ilmu semata-mata kerana Allah swt. Bukan hanya semasa menuntut ilmu tetapi ketika mengamalkan ilmu yang sudah diperolehi.

*ni sebab malas taip. Maaf tak dibenarkan copy ^_^








Wallahu'alam .. .. .. 




Cadangan, teguran dan kritikan?