Sunday 3 June 2012

Niat.


Assalamu'alaikum. Sebelum ni ade ana post di facebook , ana cakap , syarah hadis 40 Imam Nawawi akan ana share disini. Sebenarnya ade rase malas lagi nak taip , tapi hari ni ade sesuatu yang menarik ana untuk share hadis pertama daripada hadis 40 ni. Semoga peroleh manfaat. Dan jika ada sebarang kekhilafan , mohon maaf dan silalah tegur. 



Ertinya :
Diriwayatkan daripada Amirul Mukminin, Abi Hafs Umar bin Al-Khattab r.a, kata beliau. "Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : " Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung niatnya.

Imam Bukhari meriwayatkan hadis ini di dalam sahihnya dan meletakkannya di bahagian awal kitabnya, iaitu kitab Al-Iman, bab Ma Jaa'a Anna Al-A'maal bin Niyyah Al-Hasanah wa Likullimri'im ma Nawa; manakala Imam Muslim memasukkannya di bahagian kitab Al-Imarah, bab Qaulun Nabi s.a.w Innama Al- A'malu bi An-Niyyah, nombor 1907.
Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang ia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredaan) Allah dan RasulNya maka hijrahnya kepada kerana menginginkan kehidupan dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang diniatkan.
Riwayat dua imam hadis, Abu Abdillah Muahmmad bin islamil Bin Ibrahim Bin Al-Mughirah Bin Bardizbah Al-Bukhari dan Abu Al-Husain, Muslim Bin Al-Hajjaj Bin Muslim Al-Qusyairi An-Naisaburi di dalam dua kitab Sahih, yang merupakan kitab yang paling sahih pernah dikarang.

Kepentingan Hadith 

Hadith ni amat penting bahkan menjadi prinsip asas dalam islam, kerana pada hadis inilah ajaran islam berkait dan kepadanyalah mengatakan demikian.

Abu Daud berkata: " Hadis ini adalah separuh dari islam, sebab islam pada dasarnya tidak lari dari dua perkara : zahir dan batin. Yang dimaksudkan dengan zahir ialah amal perbuatan, dan yang dimaksudkan dengan batin ialah niat.

Imam Ahmad dan Imam Syafi'e pula berkata : " Hadis ini mencakupi sepertiga ilmu, kerana perbuatan manusia tidak lari dari tiga perkara ; hati , lisan dan anggota badan. Hati jelas satu daripada tiga perkara tersebut.

Kepentingan hadis ini terbukti dengan ramainya ulama yang memulakan karya mereka dengan hadis tersebut. Sebagai contoh,imam Bukhari meletakkan hadis ini di awal kitabnya sahihnya. Begitu juga dengan Imam Nawawimemasukkan hadis ini sebagai pembuka di dalam tiga karyanya: Ridayus Solihin, Al-Azkar, dan Al-Arba'in An-Nawawi.

Hal ini memberi isyarat yang jelas bahawa para penuntut ilmu hendaklah tahu dan sedar betapa pentingnya hadis ini supaya membetulkan niat menuntut ilmu semata-mata kerana Allah swt. Bukan hanya semasa menuntut ilmu tetapi ketika mengamalkan ilmu yang sudah diperolehi.

*ni sebab malas taip. Maaf tak dibenarkan copy ^_^








Wallahu'alam .. .. .. 




No comments:

Post a Comment

Cadangan, teguran dan kritikan?