Thursday 8 November 2012

Tips Mudah Bangun Subuh !


Assalamu'alaikum wbt. 

Alhamdulillah, subuh tadi masih berpeluang menunaikan solat fardhu subuh walaupun tak berjemaah. Ada antara entum sempat berjemaah? Di masjid, surau, ataupun ngan keluarga. Ucapkan syukur teman :)


Liat bangun subuh. Itu perkara biasa tapi bila dah selalu akan jadi luar biasa. Jangan pandang remeh. Subuh ni lah biasa kita malas bangun. Yelah, dengan ditemani tilam yang empuk, kain selimut yang tebal ditambah pula hujan kat luar. Huhh memang nikmatla tidur. 

Perkara ni boleh di ubah. Bukan memang takdir kalau kita biasa liat nak bangun. Bukan sifat semula jadi tu. Ana cakap ni pasal ade jugak segelintir yang cakap, tak kurangnye macamni la, " Alaa, nak buat macamane, dah Allah takdirkan aku ni jenis liat nak bangung." Huh??

Kalau pokok bergoyang mesti ade angin, tak pun ade orang yang goyangkan, tak pun ade lembu yang sogok kat bawah. Jadi, cuba muhasabah, nape kita kadangtu liat nak bangun subuh, mesti ade sebabnya. Tidur lewat? Tak kunci jam? Tidur mati? Tak baca doa dan sebagainya.

Jadi suka ana untuk kongsi beberapa tips bangun subuh. Moga bermanfaat. 

Petua Untuk Mudah Bangun Subuh... :)

• Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
• Ambil wuduk sebelum tidur.
• Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
• Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
• Pasangkan niat; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.”
• Maafkan semua orang sebelum tidur.
• Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
• Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
• Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
• Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun.



No comments:

Post a Comment

Cadangan, teguran dan kritikan?