Thursday 29 November 2012

Amalkan membaca ayat kursi selepas solat fardhu.


Amalkanlah bacaan ayat Al-Kursi setiap selepas solat Fardhu, kerana kelebihannya di sebut oleh Baginda nabi "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat fardhu, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya daripada memasuki syurga (telah cukup syarat untuk ke syurga) melainkan ( mestilah) dia mati (terlebih dahulu).”. 





In The Name of Allah, Most Beneficial, Most MercifulAllah! There is no God but He, the Living. The Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the Heavens and on Earth. Who is there that can intercede in His presence except as He permit? He know what (appear to His creature as) before or after or behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He Will.His Throne extends over the Heavens and the Earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High. The Supreme (in glory).(Quraan 2:255)



Namun jangan tersilap memahami hadis ini bahawa tiada tanggungjawab, kewajiban dan larangan yang perlu di buat dan jauhi ye. Amalan ini mengukuhkan tawaran syurga bagi ahli ilmu, ibadah dan taqwa.

~ Dipetik dari Ustaz Zaharuddin.net

Tuesday 20 November 2012

Sumbangan untuk GAZA melalui SMS.



Sumbangan melalui SMS

Para dermawan juga boleh memberikan sumbangan melalui SMS. Hanya ikuti langkah mudah ini untuk menyumbang:

1. Taip PALESTIN <10 / 5 / 3> (10 / 5/ 3 itu adalah nilai sumbangan yang ingin disumbangkan) 
2. Hantar ke 39111

Contoh: PALESTIN 10 dan hantar ke 39111

Mulakan sekarang. Terima kasih atas sumbangan anda semua.

Mohon sebarkan.

Sumber : AMAN PALESTINE

Panggilan Jihad !





Aman Palestin akan membawa rombongan Misi Kemanusiaan Ke Gaza pada tarikh berikut:

Tarikh: 7 Disember hingga 12 Disember 2012

Kos perbelanjaan: RM7500 (tanggungan sendiri)
Pendaftaran: Cik Anees, 03-89267019 / 017-4500780

AP mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai MISI MULIA ini agar segera mendaftarkan diri.

Inilah masanya untuk buktikan semangat JIHAD anda. Inilah masanya anda bertemu HERO-HERO kita di sana.

HAMAS menanti kehadiran anda.
Al-Qassam menadah tangan menerima anda.
Ismail Haniyeh menyeru anda.
Rakyat Gaza sedang melambai gembira menyambut anda.
Mereka semua sudah bersedia menantikan ketibaan anda.

Adakah anda bersedia?

Ayuh daftar, jangan bertangguh lagi.



Friday 16 November 2012

Gaza diserang lagi ! Ayuh, Qunut.





Assalamu'alaikum. Biar gambar berbicara. 

Doa Qunut disediakan oleh ustaz Zaharuddin :

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai. 


اللّهُمَّ إِنّا ن
َسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ

اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.


Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.


اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين


Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.




Thursday 15 November 2012

Majlis Ta'lim Darul Murtadza.


Assalamu'alaikum. 

Usai mengintai laman web Darul Murtadza. Dah lama cari Sheikh AlHabib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar AlHamid. First time ana tengok Sheikh Habib Ali Zaenal Abidin ni waktu siaran Salam Baitullah haritu. Lepas dari tu ana try cari maklumat mengenai beliau. Sape beliau dan macam-macam lagilah. Alhamdulillah dah jumpa sikit. Tak banyak. Sikit. 


Beliau merupakan pembimbing majlis ta'lim Darul Murtadza rupanya. Untuk sesapa yang duk KL< boleh pegi sana sama-sama menadah.



Majlis ta'lim ni diadakan setiap Jumaat bermula pukul 9:15 pm di Masjid Muadz Bin Jabal Persiaran Setiawangsa , Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur.


Kitab-kitab yang dibahaskan dalam majlis ta'lim ni seperti berikut :-








Maklumat Lokasi Masjid Muadz Bin Jabal:-
Alamat:
Masjid Muadz Bin JabalPersiaran Setiawangsa, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur

GPS:  3.178385, 101.737883


REMINDER :
  1. PARKING KERETA - wakil dari anggota RELA akan bertugas bermula jam 9pm utk menjaga kereta & kelancaran trafik dsb. Sila patuhi arahan mereka. Kerjasama para jamaah amat dialu-alukan demi menjaga kelancaran majlis & nama baik Majlis Ta'lim Darul Murtadza.
  2. Perlunya menjaga akhlak & adab ketika didalam rumahNYA.
  3. Mohon jamaah yg hadir awal agar memenuhkan & merapatkan saf-saf / barisan hadapan bagi beri ruang kepada shbt2 kita yg lewat sedikit. Ianya juga adalah caranya halaqah ilmu Rasulullah SAW & insyaALLAH ada keberkatannya.


kebanyakannya ana copy paste sahaja.

Semoga mendapat manfaat. Ilmu tak cari kita, kita sendiri yang mencarinya atas rasa tanggungjawab sebagai khalifah untuk mempersiapkan lagi diri rohani dan jasmani. 

Monday 12 November 2012

Kumpulan Nasyid - LABBAYK based in London, UK


Assalamu'alaikum wbt.


All Praise is due to Allah and may the peace and blessings of Allah be upon our Master Muhammad, his companions, his family, and everyone who follows his unblemished way. 

Kumpulan Nasyid Labbayk. Mereka terdiri daripada 3 orang ahli. Lagu-lagu mereka memang bagus dan sedap didengarlah. Ana lupa macamane leh start tahu ade kumpulan ni. First lagu yang ana dengar, Subhanallah. Kalau dihayati liriknya memang menyentuh qalbu lah. Alhamdulillah masih ade yang giat berdakwah di luar sana. 

Gambar CD kat atas ni adalah album terbaru Labbayk 2012. Dah kua di pasaran. Tapi di Malaysia tak taulah. The Greatest Gift merupakan album ketiga kalau tak silap ana. Try lah dengar lagu-lagu mereka kat Youtube ada. Download di 4shared pon leh rasanya. 


Ahli Kumpulan Labbayk.

Labbayk is a nasheed group based in London, UK. The group started singing officially in Islamic events from the year 2004 and have been doing live performances around the world since. The group consists of Masum born in 1987, Ehsaan born in 1987 and Imran born in 1991, with Ehsaan joining the group in 2006. The nasheeds composed have no musical instruments and no musical instruments were utilised in composing the vocal harmonies. The group is represented by Safar Media based in Gloucestershire, UK. Much gratitude and thanks are due to the scholars who have always shown support and have given time to approve the lyrics and content of the nasheeds, they include:

Shaykh Abul Hasan Hussain Ahmed (UK)
Mufti ‘Umair Zulfiqar (UK)
Shaykh Muhammad Sibini (UK)
Shaykh Sulayman Gani (UK)
Imam Tahir Anwar (USA)

Antara Gambar-Gambar mereka

















Jika entum berminat untuk mengetahui lebih lanjut , sila ke website ini : 





BH

Thursday 8 November 2012

Tips Mudah Bangun Subuh !


Assalamu'alaikum wbt. 

Alhamdulillah, subuh tadi masih berpeluang menunaikan solat fardhu subuh walaupun tak berjemaah. Ada antara entum sempat berjemaah? Di masjid, surau, ataupun ngan keluarga. Ucapkan syukur teman :)


Liat bangun subuh. Itu perkara biasa tapi bila dah selalu akan jadi luar biasa. Jangan pandang remeh. Subuh ni lah biasa kita malas bangun. Yelah, dengan ditemani tilam yang empuk, kain selimut yang tebal ditambah pula hujan kat luar. Huhh memang nikmatla tidur. 

Perkara ni boleh di ubah. Bukan memang takdir kalau kita biasa liat nak bangun. Bukan sifat semula jadi tu. Ana cakap ni pasal ade jugak segelintir yang cakap, tak kurangnye macamni la, " Alaa, nak buat macamane, dah Allah takdirkan aku ni jenis liat nak bangung." Huh??

Kalau pokok bergoyang mesti ade angin, tak pun ade orang yang goyangkan, tak pun ade lembu yang sogok kat bawah. Jadi, cuba muhasabah, nape kita kadangtu liat nak bangun subuh, mesti ade sebabnya. Tidur lewat? Tak kunci jam? Tidur mati? Tak baca doa dan sebagainya.

Jadi suka ana untuk kongsi beberapa tips bangun subuh. Moga bermanfaat. 

Petua Untuk Mudah Bangun Subuh... :)

• Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
• Ambil wuduk sebelum tidur.
• Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
• Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
• Pasangkan niat; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.”
• Maafkan semua orang sebelum tidur.
• Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
• Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
• Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
• Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun.



Rahmat Ekamatra - Ya Badratim




Alunan yang mendamaikan jiwa. Mengingatkan perjuangan Rasulullah s.a.w. Sollu 'alannabiy !

Cadangan, teguran dan kritikan?